Sebahagian besar manusia terkeliru ketika menganggap bahawa agama hanyalah sekadar suatu amalan kebudayaan. Akan tetapi, selain daripada ritual Islam, agama ini juga meliputi segala asepk kehidupan dan menganugerahkan pegangan dan etika yang bercirikan ajaran Al-Qur’an. Seorang individu mukmin yang benar-benar ikhlas istiqamah terhadap agamanya pasti pasti akan berusaha mendapatkan kerahmatan, keberkatan dan keampunan dari Allah s.w.t. dengan hidup berpandukan nilai etika al-Qur’an yang baik sepanjang hidup. Dia tidak sekali-kali berpaling daripada amalan kebaikan, keikhlasan, kesederhanaan, berbuat baik dan saling sayang menyayangi. Ringkasnya, setiap nilai etik ayang mulia ini adalah faktor yang menyebabkan sesebuah masyarakat yang mempraktikkan nilai mulia al-Qur’an akan menikmati manfaat yang besar.
Sebagai contoh, sebuah keluarga yang hidup dengan berpandukan kemuliaan akhlak al-Qur’an tidak akan menghadapi masalah dan kegusaran seperti yang menimpa institusi kekeluargaan di dalam masyarakat jahiliyyah moden. Golongan remaja hari ini sering memberontak menentang ibu-bapa mereka, akibat gagal dalam membezakan yang baik dan buruk dan sering pula terlibat dalam tindakan agresif. Pada masa yang sama, masih terdapat segelintir ibu-bapa yang tidak merasa kepentingan mentarbiyah anak-anak tentang nilai baik dan buruk dan yang tidak memberi pendidikan yang sesuau sebagai suatu kepentingan yang utama. Bahkan ibu-bapa ini sendiri juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan oranglain. Apa yang sering terjadi ialah pertelingkahan dan dendam kesumat berbanding kasih sayang, hormat menghormati dan belas kasihan.
Tetapi di dalam rumah di mana setiap ahli keluarganya patuh dan tunduk kepada ajaran Qur’an, anak-anak akan mematuhi ibu-bapa mereka jauh sekali dari mengherdik kerana Allah melarang mereka daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap ibu-bapa.
Surah al-Isra: 23
Mereka dididik sejak dari kecil untuk mengikuti fitrahnya, membezakan yang baik dan buruk dan menjauhi sebarang amalan keji. Ibu-bapa berusaha mendidik anak mereka selaras dengan perintah agama dengan menanamkan suatu kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama dan negara. Ibu-bapa seumpama ini akan menjadi cotnoh ikutan bagi anak-anak mereka. Ringkasnya, akan tersemailah perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan perpaduan di dalam kekeluargaan.
Keluarga adalah unit asas bagi sesebuah negara: ikatan kekeluargaan yang kukuh adalah berpotensi memperteguhkan negara. Sebaliknya, kekeluargaan dengan ikatan yang rapuh dan tandus daripada nilai spiritual, kasih sayang dan hormat menghormati serta kesetiaan adalah merupakan ancaman kepada kemakmuran negara. Khususnya di dalam negara-negara di mana golongan tertentu berusaha untuk menubuhkan sebuah masyarakat yang menolak ajaran agama, akibatnya proses pemusnahan spiritual menjadi lebih pantas dan keruntuhan moral menjadi jelas di dalam seluruh strata masyarakat. Di dalam masyarakat seperti ini, pembinaan hubungan sosial adalah lebih cenderung berteraskan keuntungan material.
Apabila ukuran material menjadi kepentingan untuk suatu hubungan bahkan terhadap ahli keluarga terdekat untuk nilai keroahanian seperti kasih sayang, persaudaraan, pengorbanan dan kesetiaan, maka kewujudan sebuah tamaduan yang teguh adalah amat mustahil. Ini adalah keana kemerosotan bukan sahaja melanda institusi kekeluargaan tetapi juga merebak ke seluruh pelusuk masyarakat. Di dalam sekolah dan di dalam hubungan persahabatan, perasaan seperti hasad dengki, penipuan dan fitnah akan mengggantikan nilai belas kasihan dan rasa hormat. Dalam dunia perniagaan juga, kita diperlihatkan dengan sejumlah personaliti yang melabur demi kepentingan individu. Amalan seperti mempertahankan hak orang lain, menegakkan keadilan atau menunjukkan rasa belas kasihan dan membantu golongan yang lemah amat jarang ditemui. Ringkasnya, hidup di dalam ketenangan dan keamanan menjadi mustahil bagi ahli masyarakat tersebut.
Ini adalah sebab mengapa tanggungjawab untuk menumpaskan agama yang batil dari sudut ideologi tergalas di bahu golongan yang beriman. Selain daripada keruntuhan institusi kekeluargaan dan kebejatan hubungan sosial, kesan lain akibat daripada sistem kepercayaan ini di atas muka bumi juga semakin bertambah jelas. Setiap individu harus turut berusaha berjihad menentang sistem agama yang batil ini sekiranya merasa bertanggungjawab terhadap negara dan individu rakyatnya.
Keganasan: Sebuah Produk Darwinisme
Di setiap ceruk dunia hari ini, peristiwa keganasan, pembunuhan dan penyembelihan sangat berleluasa. Manusia yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam dan untuk suatu sebab yang kecil negara-negara tertentu sanggup terlibat di dalam peperangan yang berpotensi mencetuskan pertumapahan darah. Walaupun pelbagai logikdan rasional yang dijadikan alasan untuk setiap peristiwa yang terjadi di negara-negara tertentu dengan budaya, sejarah dan struktur sosial yang berbeza, namun penelitian yang lebih terperinci mendedahkan bahawa seluruh negara ini menderita akibat kehancuran nilai spiritual yang disebarluaskan oleh kepercayaan batil di dalam strata sosial masyarakat.
Satu daripada aspek umum ideologi yang kufur ini ialah tarbiyah mengenai fahaman Darwinisme yang diajarkan kepada para pengikut mereka. Seperti yang jelas, teori evolusi menafikan kewujudan suatu zat Pencipta yang kepada-Nya menjadi tempat pertanggungjawaban setiap umat manusia. Individu yang telah diindoktrinasikan dengan pandangan Darwin mempercayai kebebasan mutlak jasmani diri yang akhirnya mendorong melakukan pelabgai bentuk perbuatan tidak bermorak dan bertanggungjawab.
Beberapa penekanan teori evolusi yang turut mengakibatkan kehuru-haraan ialah usaha memperlihatkan manusia sebagai sejenis spesis binatang yang berkembang maju. Akibatnya, mereka yang beriman kepada Darwinisme melihat bahawa perbuatan membunuh manusia adalah semudah seperti membunuh haiwan.
Di sini, kepentingan memaklumkan orang ramai mengenai Darwinisme dan menyedarikan mereka mengenai wajah sebenar ideologi ini sebagai suatu pembohongan adalah menjadi tugas fardhu kifayah. Mereka yang menganggap Darwinisme sebagai sebuah kebenaran saintifik dan yang begitu janggal terhadap nilai keagamaan tanpa sebarang rasa keimanan amat cenderung untuk menerima doktrin para pengikut Darwinisme yang mampu mengubah mereka menjadi pembunuh manusia lain yang tidak berdosa atau memberontak mengadakan penentangan walaupun mereka dahulunya adalah masyarakat yang aman damai. Kerana sanjungan yang membuak-buak terhadap Stalin, Lenin, Mao (pemimpin pembunuhan besar-besaran) dan teori Darwin (yang melihat manusia sebagai binatang), perspektif kemanusiaan mereka terhadap nilai kasih sayang, keagamaan, kenegaraan dan rakyat jelata sekaligus lenyap hapus. Di dalam Qur’an:
Dan ketika ia berpaling berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. Dan apabila dikatakan kepadanya: Bertakwalah kepada Allah, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah neraka jahannam. Dan sungguh neraka jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. Surah al-Baqarah: 205-206
Orang-orang yang merosakkan janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerosakan di bumi, orang-orang itulah yang memperolehi kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (jahannam). Surah ar-Ra’d: 25
Bagaimanapun, apabila keterangan yang jelas akan kewujudan dan keagungan Allah dipersembahkan kepada manusia, adalah amat mustahil bagi manusia untuk terjerat dengan ideologi yang berlandaskan permusuhan, peperangan dan huru-hara untuk dijadikan panduan hidup. Individu yang beriman kepada Allah dan menyedari akan pertanggungjawab bagi setiap perbuatannya di hadapan Allah tidak sanggup untuk memudaratkan negara atau rakyatnya. Orang yang beriman juga sangat prihatin daripada terlibat kepada sebarang perlakuan yang menjadi kemurkaan-Nya dan yang mengakibatkannya menanggung azab neraka kelak. Sebaliknya, mereka yang mengingkari Allah dan Hari Perhitungan yang percaya bahawa mereka tidak bertanggungjawab untuk sebarang perlakuannya, pasti akan tanpa ragu-ragu melakukan apa bentuk kejahatan sekalipun dengan sewenang-wenangnya. Badi’uzzaman Said Nursi menerangkan bagimana ideologi yang kufur ini khususnya komunisme merangsang kepada atmosfera huru-hara:
Ya! Sosialisme tumbuh sewaktu revolusi Perancis dari benih libertarianisme. Kemudian, setelah sosialisme memusnahkan beberapa perkara konsep suci tertentu, idea yang disemainya bertukar menjadi bolshevisme. Dan kerana bolshevisme menghancurkan bahkan lebih banyak nilai mulia dan nilai kemanusiaan dan juga keluhuran hati manusia, hal yang pasti ialah benih yang ditaburnya akan menghasilkan kehuru-haraan, yang tidak mengenal batas dan mengenal penghormatan. Kerana sekiranya kehormatan dan belas kasihan dicabut dari hati manusia, mereka akan menjadi bertambah buas dan tidak lagi dapat ditadbir melalui politik.
Seperkara yang harus difikirkan, seperti mana halnya golongan yang merangsang kebangkitan memberontak negara dan rakyat mereka. Golongan yang tetap berpeluk tubuh ketika berhadapan dengan tindakan memecah-belahkan ini tanpa menyumbangkan sesuatu untuk negara mereka (ketika mereka berkuasa untuk melakukannya), sebenarnya tanpa disedari telah pun memiliki pandangan materialis. Matlamat mereka adalah untuk meraih keuntungan yan gbesar. Mereka tidak langsung berasa terganggu selama mana kepentingan mereka tidak tergugat: mereka adalah orang yang tandus daripada sebarang nilai persaudaraan, pengorbanan dan kebenaran serta matlamat hidup yang mulia. Mereka mengambil segala manfaat yang disediakan oleh negara dan hanya berjuang semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka. Allah berfirman mengenai hal ini di dalam ayat berikut:
Dan Allah membuat perumpamaan dengan dua orang lelaki yang seorang bisu tidak dapat berbuat sesuatu apapun dan menjadi beban atas penanggungnya, ke mana saja dia disuruh oleh penanggungnya itu dia tidak dapat mendatangkan suatu kebajikan pun. Samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan, dan berada di atas jalan yang lurus? Surah an-Nahl: 76
Seperti yang diterangkan di dalam ayat di atas, mereka yang berada di jalan yang benar akan merasakan takwa terhadap Allah dan mementingkan nilai kerohanian dan bersemangat waja untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara pasti akan membawa kemurnian dan kebaikan di dalam masyarakat tersebut. Ini adalah sebab mengapa adalah amat penting bagi seluruh umat manusia mempelajari dan memahami agama sebenar yang hakiki. Sepotong ayat menjelaskan golongan yang bertakwa:
(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar: dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. Surah al-Hajj: 41
Tidak ada komentar:
Posting Komentar